Diana Dyan Legacy Sdn Bhd

About Us

Puan Diana Delany Avitus atau mesra dikenali sebagai Diana Dyan leader kepada produk Sara Anna ni. Terlalu banyak kisah pahit yang terpaksa ditelan sebagai seorang ibu kepada tiga orang anak ni.

Kisah yang paling dia tak boleh lupa apabila terpaksa jual baju preloved untuk menampung kehidupan. Masa tu, tu sahaja yang terlintas dalam fikiran dia untuk dapatkan duit pada waktu yang cepat. Dia sanggup Whatapp dan bertanya kawan-kawan. “Eh, mahu ka kamu beli baju aku”. Langsung tiada sikit pun rasa malu sebab dia tahu anak-anak memang perlukan dia. Kalau dia tak buat tindakan, siapa lagi yang nak bantu?

Wanita dari Penampang, Sabah ini sangat kuat dan terus konsisten untuk berjuang demi anaknya. Puan Diana Dyan dulu pernah berada dalam situasi yang sangat kritikal sehingga ada cubaan nak BUNUH DIRI. Apa masalah yang sangat Besar sampai tahap nak bunuh diri ni? Pernah ke pernah anda rasa saat masalah datang anda tak ada harapan untuk teruskan hidup?

Tapi Alhamdulillah Allah masih sayangkan Puan Dyan. Masih berikan peluang untuk teruskan hidup bersama anaknya. Puan Dyan bermula bisnes daripada kosong. Start jadi Ejen untuk produk bengkung.

Diana Dyan Legacy Sdn. Bhd. telah mengadakan “Retreat Leaders” tahun 2022 yang melibatkan semua staff. Pada masa itu, terdapat pertandingan vision board untuk jangka masa akan datang. Puan Dyan telah memilih beberapa cadangan pencapaian yang akan dikecapi. Antaranya adalah, pada jangka masa yang terdekat ini syarikat akan memiliki sebuah van khas untuk kegunaan staff. Dimana setiap program mahupun event yang akan memerlukan kenderaan, tidak lagi perlu risau kerana syarikat sudah menyediakan van khas tersebut.
Disamping itu, syarikat juga akan mempunyai training center untuk kegunaan program coaching yang akan diadakan untuk membantu lebih ramai agent menimbah ilmu dan bukan itu sahaja bagi memudahkan syarikat untuk melebarkan sayap untuk menceburi bidang training & coaching. Dimana syarikat ini akan membantu lebih ramai usahawan untuk melangkah maju ke teknologi digital yang terkini, membawa perubahan model perniagaan sedia ada serta peningkatan kecekapan proses perniagaan yang akhirnya menjadikan perniagaan tersebut lebih berdaya saing. Peralihan ekonomi sedia ada kepada ekonomi digital, penting mempercepatkan pertumbuhan ekonomi tempatan dengan membantu lebih ramai usahawan serta perniaga kecil dan sederhana (PKS).

Membantu Wanita Khususnya Suri Rumah Bangkit Berjuang Sekaligus Tampil Cantik, Bergaya dan Berkarisma

Visi

Memperkenalkan produk dan servis kepada ramai orang dan membantu ramai orang ke arah kehidupan yang senang

Misi

Membantu meningkatkan ekonomi usahawan
dan mewujudkan lebih ramai jutawan

Core Values

Leadership

Growth

Result Oriented

Contribution

Spiritual

Family